LOGO EKSA
KETERANGAN LOGO
​
1. Enam (6) bilah kipas mewakili 5 Objektif penjenamaan semula 5S dengan 1 tujuan yang selari.
​
2. Ikon ‘Bangunan Beratap Terendak’ sinonim dengan PMU, melambangkan pengamalan EKSA adalah secara menyeluruh di Politeknik Mukah.
​
3. Bentuk logo yang bulat melambangkan ruang lingkup amalan EKSA yang meliputi warga PMU serta kefahaman yang mantap mengenai EKSA di kalangan setiap warganya.
​
KETERANGAN WARNA
​
1. Hijau : Melambangkan mod positif dalam
mengamalkan EKSA secara semulajadi dalam kerja seharian warganya.
​
2. Putih : Melambangkan ketulenan dan neutral. Amalan EKSA di kalangan warga PMU dilihat sebagai suatu yang sebati dengan nilai murni yang diamalkan.
​
3. Kelabu/Hitam : Melambangkan kesinambungan pengamalan EKSA dalam kalangan warganya dari pelbagai kumpulan
pekerja.
​
4. Merah : Merupakan warna rasmi bagi Politeknik seluruh Malaysia.
​